Yang baik dijadikan teladan, yang buruk sebagai sempadan, secebis warna sebuah kehidupan, sebagai ilham untuk segaris pedoman, agar kemudi berlandaskan haluan untuk mencari sesuatu kebenaran.
" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"
Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh & kilat, puas kita menangis mencari matahari, rupanya Allah mahu menghadiahkan kita pelangi yang indah..
" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan." ( Harieta Wahab)
"Kalau kamu melihat seseorang berbudi luhur, berusahalah menyamai kebaikannya dan kalau kamu bertemu dengan seorang berbudi rendah, periksalah dirimu sendiri"
"Masalah dan tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan kita, ia merupakan satu cabaran dan hadapilah ia dengan ketenangan dan atasilah dengan kebijaksanaan anda."
"Semalam yang berlalu tidak akan kembali untuk hari ini, dan hari ini yang dilalui bukan untuk hari esok kerana esok belum tentu milik kita"
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Janganlah selalu mendongak ke atas dan melihat hal-hal yang indah, Sekali waktu lihatlah ke bawah dan akan kamu lihat hal-hal yang jauh dari 'baik' menurut pandanganmu.
"Jalan menuju kebahagiaan itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri dan pahit..William Shakespeare"