Saturday, August 25, 2007

ciNta-saYAng-sUKa-miNat

CINTA
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh dia ingin mengetahuinya dan kita sebaik mungkin tidak mahu menyakitkan hatinya. Kita juga akan sentiasa berfikir tentang dirinya, biar pun sesaat.


SAYANG
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah suka dan duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi 'telinga' kepada masalah kita.


SUKA
Kita sukakan dia kerana dia seorang yang kelakar malahan dia juga happy-go-lucky. Bila bersama-sama dengan dia, kita akan rasa gembira, gelak tawa bersama sampai mahu pecah perut dibuatnya. Tapi, kita tidaklah terlalu merinduinya sekiranya tidak berjumpanya selama seminggu.


MINAT
Ada sesuatu pada dirinya yang menarik untuk kita mendekatinya. Katakan, kita suka orang yang tinggi, tegap dan berambut kemas seperti Brad Pitt, sudah pasti kita akan melihat gerak-gerinya. Sekiranya dia pandai melukis, apa sahaja yang dilukisnya pasti cantik belaka

Friday, July 20, 2007

.::keHiDuPaN::.

Yang baik dijadikan teladan, yang buruk sebagai sempadan, secebis warna sebuah kehidupan, sebagai ilham untuk segaris pedoman, agar kemudi berlandaskan haluan untuk mencari sesuatu kebenaran.

" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh & kilat, puas kita menangis mencari matahari, rupanya Allah mahu menghadiahkan kita pelangi yang indah..

" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan." ( Harieta Wahab)

"Kalau kamu melihat seseorang berbudi luhur, berusahalah menyamai kebaikannya dan kalau kamu bertemu dengan seorang berbudi rendah, periksalah dirimu sendiri"

"Masalah dan tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan kita, ia merupakan satu cabaran dan hadapilah ia dengan ketenangan dan atasilah dengan kebijaksanaan anda."

"Semalam yang berlalu tidak akan kembali untuk hari ini, dan hari ini yang dilalui bukan untuk hari esok kerana esok belum tentu milik kita"

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Janganlah selalu mendongak ke atas dan melihat hal-hal yang indah, Sekali waktu lihatlah ke bawah dan akan kamu lihat hal-hal yang jauh dari 'baik' menurut pandanganmu.

"Jalan menuju kebahagiaan itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri dan pahit..William Shakespeare"

Saturday, July 07, 2007

cInta.. sAyaNg.. daN .....

Wanita/Perempuan Diciptakan Bukan Daripada Tulang Rusuk Atas Untuk Memerintah, Bukan Daripada Rusuk Bawah Untuk Dipijak, Tetapi Terletaknya Rusuk Itu Di Bahagian Dada Dan Berdekatan Dengan Tangan Bermakna Tangan Yang Membelai Dan Hati Yang Mempunyai Perasaan Dan Kasih Sayang

Jangan dikesal pada sebuah pertemuan kerana tanpa pertemuan kita tidak akan mengenali seseorang dan jangan dikesalkan dengan apa yang terjadi kerana banyak kemungkinan yang harus kita lalui dalam hidup ini…

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan…

Seandainya kita dicipta untuk menjadi satu, pasti suatu ketika, kita akan bertemu, seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu, walau dekat selalu, kau tak kan jadi kepunyaan ku…

Mana mungkin memberikan cinta andai hati tidak membenarkan…

Setiap orang punya rasa cinta, tapi tak semua orang dapat merasai cinta.
Setiap orang pernah bercinta, tapi tak semua mampu mengecap kebahagiaan…

Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan melihat sinar mata seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta tetapi pancaran mata seseorang akan menyatakan yang sebenarnya, memantulkan mata hati yang sesungguhnya…

Cinta itu fanatik, jangan lakukan ia dengan automatik, ia tentu fantastik. Oleh itu jangan mudah terpengaruh dengan godaan cinta agar ia tidak membinasakan diri kita sendiri.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Hati & Perasaan:"mungkin Allah sengaja mehu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul,supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul,kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut"

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Sunday, November 19, 2006

aDeh..!

mlm jumaat lepas.. abis cite kat tv.. aku ke dapur.. dlm kol 12 mlm.. biasa la.. aku kalo kat dapur aku pakai selipar.. camne ntah la aku x perasan kat selipar yg aku pakai tu ader sekor tebuan.. huhu.. besar lak tu.. aku main sarung je selipar tu.. aku jalan dua tiga langkah.. aku rase kaki aku sakit sgt.. aku pun sekuat hati la menjerit sakit.. terkejut mak aku yg dok depan tv lg tu.. akak aku yg da tido pun terjaga.. adik2 aku sume dtg kat aku.. mak aku ingat aku kene sengat kat lipan ke.. yer la musim2 ujan ni.. lipan byk.. maklumle.. umah tepi utan... huhu..

nak bg reda cket mak aku sapu myk n aloe vera.. tebuan tu da mati di tangan adik aku, elin.. keh3.. padan muka ko tebuan.. tp sakit aku x ilang2 jgk.. so mak aku bwk la aku ke hosp p.mas kat lati tu ngan adik aku sorang lg, jamie.. adeh..! sakit tuhan saje yg tau.. lame sgt aku rase nak smp ke hosp tu.. so aku kene tahan sakit.. dlm sakit pun.. aku sempat lg gelak.. huhu.. pe la aku ni.. yer la.. mase nak turun umah tu mak aku suh aku pakai selipar kak aku yg kaler pink tu.. aku mane penah pakai selipar kaler tu... aku x tahan nak gelak.. so aku gelak la.. hehe.. sakit2 pun sempat lagi yer gelak2..

mase aku smp kat hosp tu.. nsib baik xder org.. so aku leh terus msk.. doktor xder mase tu.. so x silap aku la yg rawat aku mlm tu HA( hosp assist) ke skrg da tukar jd MA(medic assist) bior la.. sng aku pggl doktor jgk lah.. keh3.. ader ke die psg kuat2 kipas kat katil aku baring tu.. dpt tido atas katil hops jgk aku... biase gi melewat org jerk.. sejuk plus sakit.. menggigil aku.. x pasai2 aku kene inject 2 jarum.. huhu.. dlm stengah jam jgk landing kat katil tu pastu aku da dibenarkan balik.. sat ja.. wat pe lame2 kan..

mlm tu aku x bley nak tido.. td doktor tu bg ubat tahan sakit.. tp x tahan2 jgk.. huhu.. nak tido pun x bley.. sakit.. menyucuk-nyucuk.. bisa sungguh ko yer tebuan.. ntah mase mane ntah la aku terlelap.. tu pun pas aku sapu minyak tyt baru leh tido.. aku ingat bgn esok pg.. da ok kaki aku ni.. huhu.. sakit lg upenyer yer.. tp xder la sesakit smlm tu.. da tahan cket..

pastu ni.. aku da bley jln cam biase.. da mai keje pun.. hehe.. pasni aku akan lebih berhati2 lg.. aku x nak kene lg.. aku da serik.. sakit tuu.. huhu..

Sunday, November 12, 2006

ciNta taK seMesTinYa MeMiliKi..!

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan..
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."
Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa..
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali

Tuesday, October 31, 2006

..diaRy raYe kU..

raye thn ni aku rase yg paling best buat aku.. thn lepas2 pun best jgk.. tp thn ni lebih bermakna utk aku.. kalo thn lepas2 aku terima duit raye.. tp thn ni.. 1st time aku dapat bg duit raye kat mak ayah, adik2, anak2 sdare n anak2 spupu.. kat budak2 yg mai umah pun.. tgk dieorg seronok dpat duit raye aku pun seronok jgk.. aku harap thn2 depan pun same jgk.. aku dpt menghulurkan setakat yg aku mampu..

mlm tgk ank bulan tu.. ktorg berkumpul sume adik beradik bukak pose ramai2.. pastu mlm last pose (mlm raye la tu.. hehe) sume family aku, kak ya n kak na berkumpul bukak pose ramai2 lak kat umah aku.. acara wajib bg family ktorg setiap thn.. mmg best sgt sume dpt berkumpul.. thn ni lak sume ader.. abg2 n kakak aku yg kat perantauan tu sume balik.. abg him n family, abg har n family serta kak maria dapat balik beraya sesame.. mmg meriah lah raye thn ni..

ari 1 st raye.. mesti la pg tu gi smyg raye.. aku pun pun x lepas peluang.. stahun 1 kali jer.. balik smyg raye pusing kat kwsn umah jer.. gi beraye umah kak yah mkn nasi dagang.. umah kak zan... umah mak nenak(hehe) pastu umah kak ya n kak na.. pastu balik umah.. utk acara seterusnye lak.. hehe..

hrmm.. thn ni juadah raye kat umah aku satay, soto n rendang.. sape2 yg x dtg ari 1st ni.. rugi2.. hehe.. aku da pesan kat kwn2 kalo nak mkn satay mai sblm zohor.. coz pas zohor.. time ktorg gi beraye umah sedare lak.. kalo x smpt thn dpan plak la kalo ader.. heheh.. sblm ke kubur ziarah yg telah tiada ktorg bergambar lu.. susah ni nak de sume ni.. so ktorg ambk la dulu pic sefamily ni.. tambah ngan family kak ya n kak na.. best sgt.. ari raye 1st ni aku ader tetamu.. sape lg abg ankat aku la.. abg azi.. die jer yg mai ari 1st ni.. xpe.. thankz abe mai raye umah jie ;;).. umah jie yg 1st kan (sbb jie da pesan suh mai awal) hehe..

da abis sume org mai umah.. so pas zohor.. ktorg menuju ke umah mak sedare kat tumpat dulu.. pastu baru la ke bachok umah mak sedare n tok sedare.. dok kat bachok ni la yg lame.. mlm baru balik.. tiap2 thn mmg ktorg akan ke bachok.. mak aku asal org bachok.. so ramai la sedare yg kat sini.. fuh.. penat beraye ari ni.. tp xpe.. seronok punye pasal.. ilang penat.. :)

raye kedua lak aku ke tumpat lg.. kat kg genting.. dekat2 ngan pngkl kubur la.. kat sini aku ke rumah sepupu aku.. pastu balik dr sane aku ke umah kawan kak ros.. kak eni.. umah kak eni pun mkn satay jgk pastu de lontong n rendang ayam.. nyam2 beshnyer... balik umah pastu x kemane da.. penat.. rest jer kat umah.. huhu..

msk raye ketiga lak.. aku x ikut family.. aku beraye ngan kwn2 lak.. tp krah x dapat ikut so aku ngan ita jerk ke umah cikgu hasniah di tambah ngan budak2 kelas aku yg lain kyo, pein n farid.. pas umah cikgu hasniah ingat nak ke umah cikgu rohana n cikgu zarina lak.. tp dieog xder kat umah lak.. so ubah haluan aku n da geng ke umah cikgu maznah n kaunselor cikgu azizah.. sume2 tu cikgu2 aku mase skolah menengah meranti dulu.. ptg tu kwn2 yg td just tambah kamal beraye ke umah aku lak.. aku x tau nak wat pe.. so aku goreng bihun jerk.. huhu.. nasib le kalo x sedap.. ramainye kwn aku mai ari ni.. best jgk.. mlm nyer lak.. kwn aku mase skolah rendah (skolah menengan pun same jgk lain klas jer) nurul, zainul n faizul mai umah nak bincang psl nak wat reunion utk kelas 6B SKGM dulu.. aku kan ketua kelas dieorg dulu.. uhuk.. susah jgk nak kumpul sume balik ni.. ramai jgk yg lose contact ni.. huhu.. ari sabtu ni insyaAllah ktorg berkumpul balik.. tp mmg x sume la..

ari raye ke empat lak.. aku ke marang terengganu.. ari ni anak tiri pak sdare aku kawin.. jauhnye perjalanan.. umah pengantin pompuan lak cam terpecil cket.. tp tepi jln n depan skolah.. jln nak ke umah die tu cam xder org lalu.. huhu.. best jgk mkn kat tgh2 panas kan.. huhu..
raye ke lima lak.. ari sabtu.. aku ke kfc kat p.mas.. ari ni de reunion bekas2 pelajar 6B SKGM.. thn ni memandangkan thn 1st ktorg wat acara ni.. so ktorg adakan kat p.mas je dulu.. insyaAllah thn depat jauh cket.. ramai jgk yg mai.. dlm 20 lebih jgk kot.. aku epi sgt lupe nak kire.. yg da lame aku x jupe pun aku leh jupe.. de tu pas skolah rendah ader yg terus aku x jupe.. smp x cam sape.. huhu.. riuh rendah kfc tu ngan sore ktorg.. nasib ler.. jgn mare na.. yg plg best mase mimi mai.. sume terkejut.. die mai ngan anak n husband die la.. makin cute lak mimi aku tgk.. insyAalah thn dpn ktorg akan adekan lg perjumpaan ni..
kalo di ikutkan aku dapat cuti 2 ari jerk.. huhu.. tp ari ahad ps raye tu aku smbg cuti lg.. jgn jeles.. ari ni aku ke kb je settle kan keje kak maria tu.. die da blk kl smlm lg.. abg him pun same smlm jgk.. abg har jer yg balik awal dr bachok raye 1st tu terus balik ganu.. huhu.. balik dr kb siap2 terus ke umah pak sdare kenduri sambut menantu yg ari tu ler.. hehe.. esok da kene msk keje.. jgn dok berangan lg naa.. hrmm..
tu ler diary raye aku thn ni.. raye yg bermakna bg aku.. thn depan aku harap lg meriah n lg bermana buat aku n family.. selamat ari raye sume.. maaf zahir batin.. fizikal n mental.. :)

Tuesday, August 22, 2006

.::cuBaLah uTk beRsYuKuR ::.

Jika kamu memancing ikan..setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia ke dalam air begitu sahaja, kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup..

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada sesorang .. Setelah dia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja, kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu..

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu… Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula, akhirnya ia dibuang… sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya, janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia menusia biasa. Apabila sekali dia melalukan kesilapan bukan mudah bagi kamu menerimanya… akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kita telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu akan menyesal...

Thursday, August 10, 2006

hRmm..

ari ni adalah ari last kak shera kat axis kb ni.. so pasni tggl aku ngan technician je la kat ofis ni.. technician lak slalu jerk kuar.. so nmpknye keje sowang2 la aku.. huhu.. xpe.. sowang2 lg sng kan.. xde susah2 ngan org.. kalo de pape aku call la kak shera.. kemudahan kan da byk skunk ni.. hee... aku xkesah dok sowang2 ni.. lgpun aku da biase.. borink tu mst ader.. tp kalo da wat keje tu xder la borink kan..
mntk2 aku jd seorg pekerja yg berdedikasi la.. acece.. hehe... gud luck for me..! do da best..! i know i can do it..! cayok jie.. cayok..!
so sempena ari last ni.. kak ros, kak eni n aku kuar lunch same2 ngan kak shera kat restoran d'bayam.. kak ros yg blanje ktorg.. byk ktorg mkn.. lauk kat sana pun best2 jgk.. ktorg blk ofis pun da lewat.. tp xpe.. kak shera punye pasal.. x kesah la..
k.. moga kak shera epy sokmo.. ingat kat ktorg ni sokmo2 k..:)

Tuesday, August 08, 2006

deWa ciNtaKu...???

“Walau cinta tak pernah aku cuba,

tak pernah aku rasa,

aku mampu berikan segalanya,

Cuma hanya..

Jika kau bawa aku terbang bersama,

Meneroka alam cintamu yang beku..

Izinkan aku mencairkannya,

Izinkan aku temanimu,

Hingga ke akhir masa..”

Sunday, August 06, 2006

hye ekin..

smlm aku de jupe ngan ekin kat rantau panjang.. ekin housemate aku mase aku dok poli.. lame x jupe so smlm dpt jupe la kejab.. kejab pun da xpe.. da lepas rindu aku kat ekin.. cian.. aku x dpt ckp byk ngan die.. die da smp lewat kat r.pnjg tu.. aku da nak balik pun.. xpe la.. janji aku dpt jupe gak die.. smlm ekin ngan cikgu2 kat skolah tmpt die keje tu mai wat lawatan kat klate ni.. mai shopping ler. hehe..
mase awal kat poli tu aku x rpt sgt ngan ekin.. aku mula rapat ngan die mase semester 5 ngan 6.. bkn pe.. sblm ni xdok same2.. semester 5 ekin mai dok sat kat umah sewa aku.. pastu die msk dok kamsis lak.. aku btol2 rapat ngan die semester 6 la.. mmg 1 sem tu die dok 1 umah ngan aku.. aku boleh msk ngan die coz.. perangai die lbh kurang ngan perangai aku jgk.. aku pun xtau camne tu.. huhu..
ekin.. bdk pendang yg lemah lembut.. ayu plak tu.. ramai peminat.. kalo blh ekin tu tiap2 mggu nak balik kg.. pantang terluang.. sure nak baliknye.. aku pun same jgk.. kalo bkn sbb dok jauh dr kg.. tiap2 mggu aku balik.. die ader gak cite kat aku.. die ade adik2 lg.. tp die ni manja cket.. cam ngan aku la.. adik2 aku suke buli aku tp aku x manja k..! die pun camtu jgk.. kene buli ngan adik2.. huhu.. nasib kite nmpknye ekin yer..
aku cian tgk ekin.. aku nak cite camne pun xtau.. nanti de yg terasa.. xpe la.. biar la jd rahsia aku ngan ekin.. sblm aku balik kg.. die smpt lanje aku kfc.. die kate die da janji nak lanje aku.. sbb aku byk tlg die.. aku xder tlg ape nye... aku tgk2 gitu jerk.. ajar cket mane yg die xtau.. x tido mlm same2.. kalo die de poblem aku tlg dgr.. de la sorang bdk tu.. suke perli ekin.. die kate ekin da de kwn baru.. lupe kat die.. ekin syp jerk.. aku pun malas nak layan.. mane tak nye.. turun gi beli mkn ke gi mane2 ke.. aku ngan ekin jer.. roomate aku pastu pun ekin jgk.. ekin jd kwn baik aku sec tibe2.. tp aku ngan nidar.. cla.. ktie. n cmah same jerk.. sume kwn aku.. kwn baik aku..
ekin... kite akan tetap jd kawan sampai bile2.. sorang di utara n sorang di p.timur.. x jd masalah.. kwn x kire tmpt.. jauh di mata tp dekat di hati.. begitu juga ngan kwn2 aku yg lain2.. kite sume akan tetap jd kwn smp bile2.. miss u all so much.. fren 4ever..

kenangan selamanye..

mase aku dpt surat tawaran msk poli aku dok study kat smksis, form 6.. aku xtau aku nak trime ke tak tawaran tu.. so aku gi jgk lg skolah.. bncng ngan kwn2 camne.. mak aku x nak kate pe dah.. keputusan ade pd aku.. nak gi ke x.. ramai jgk yg nak aku gi.. tp ade jgk yg x nak aku gi.. aku ingat lg k'rah.. die bg alasan kat aku.. png tu jauh la.. ramai india n cina la.. tu la ni la.. last skunk die pun kat png jgk.. huhu.. saat2 akhir.. aku trime jgk tawaran tu.. last minit dah aku anta surat penerimaan tu.. huhu.. gi jauh la jgk aku.. blh la mak aku nak naik jambatan p.png tu.. tp aku dok sbrg ni jerk..hrmm.. jd perantau la aku.. dpt kwn2 baru lak tu..

1st kwn yg aku jupe kat poli tu azura.. azura bdk jitra kedah.. die yg dok sblh aku mse kat dewan nak daftar poli(10.6.03) tu.. pastu dok plak same kamsis (kamsis B1).. azura 1 bilik ngan zihah.. aku lak 1 bilik ngan hanim.. hanim ngan zihah same2 bdk png.. dlm 1 klas plak tu, diorg 1 kos, DAT.. zura lak kos lain, DPM tp still dlm 1 jabatan yg same la.. Jabatan Perdagangan.. aku sorang jer la mse tu kos n jabatan lain.. aku kos DIT so Jabatan Elektrik la.. seminggu mggu orientasi tu aku ber4 ni la.. da nak abis mggu orientasi pun.. baru aku kenal ngan k'tie bdk ganu, kemaman.. so aku gi ngan die la klas ari2 pastu.. k'tie pun 1 kamsis ngan aku.. die dok aras 1 n aku dok aras 2.. awal2 klas baru la aku nl ngan nidar dr jitra kedah n cla dr kemaman, ganu .. kalo kire tu ktorg sume dlm 1 kamsis.. tp kat klas baru knl.. huhu..utk asgmn ke projek ke aku partner ngan nidar.. k'tie lak partner ngan cla.. smp la abis poli.. ktorg still gitu.. kan sng nak wat keje kalo da knl awl2 lg... msg2 da tau perangai msg2...

msk sem 2 aku kene dok umah sewa.. aku da x bley dok kamsis.. bley tu bley kalo wat rayuan. tp aku n da geng da malas la.. baik dok luar.. pandai jg diri ok la.. aku pun nak tau jgk idup kat umah sewa ngan kwn2 ni camner.. mst byk dugaan n cabaran kan.. zura n zihah still dok kamsis.. dieorg jd ajk koop... dieorg de ajak aku tp aku x nak... hee..aku sewa umah kat dpn poli tu jer.. kat tmn pauh indah.. blok plg dpn (B1).. 6 org sume.. aku, ktie n cla.. pastu 3 org lg bdk SIT, shela, khuza n zura... nidar dok umah lain.. hanim pun dok umah lain jgk.. nidar biase la gi umah aku wat asgmnt same2.. kat umah tu aku lak jd cam ketua umah, jd ceti (bendahari) pun ader.. hampeh tol.. sume duit umah aku yg pegang.. kaya tu.. tp takut beb.. duit org tu.. kalo ilang aku la yg kene ganti.. so far.. xder lg la ilang ke x cukup ke..

sem 3 lak aku still dok umah sewa tu lg... tp sem ni lain ket.. aku dok 3 org jerk.. aku, ktie n cla.. yg 3 lg sume li (latihan industri).. dieorg li sem 3.. aku 3 org ni li sem 4.. sem ni la aku plg cedih.. byk yg yg aku alami.. alamak.. cam nak nangis la plak ingat balik ni.. huhu.. nanti aku cite len la.. byk tol dugaan aku sem ni.. sem ni la plg teruk aku rase.. sem ni jgk la risult aku jatuh teruk sgt.. huhu.. tp sem ni jgk aku de berbakti kat org.. aku tlg kwn sekampung aku dptkan umah sewa.. cian die slalu jerk cite kat aku psl umah sewa die yg x best tu.. ngan makcik bwh tu slalu marah2 la.. tuan umah x ambk berat la.. so kbetulan dpn umah aku ni xder org lg so aku try la dptkan umah tu kat die.. de kwn sekampung ni sng ket.. bdk laki lak tu. sng nak mntk tlg.. yg aku suke mntk tlg die mse tu pe lg... mntk tlg beli tiket balik kg la.. biase aku beli tiket kat dpn poli tu jer.. pastu da xder lg aku lak xder trasport nak gi beli jauh2.. die xpe la.. kwn2 ramai.. so pe lg.. hehe..

hrmm.. aku terpaksa berpisah sat ngan kwn2 seumah n sekelas.. sem 4 ni aku Li.. aku wat li kat p.mas jer.. kat PMCC.. lbh krg 5 bln jg aku kat pmcc tu.. dr 10.1.05 hgga la 31.5.05.. byk la jgk yg aku dapat.. kwn baru pun ramai jgk.. slh sorang nyer ct.. aku suke pggl die ct sakura.. coz die ni mnt kat kartun sakura tu.. hehe.. byk yg berlaku selama aku kat pmcc tu.. kak2 yg keje citu pun ok.. kak ika n kak epy.. dieorg pun kalo de pape poblem ke pape ke x segan la nak gtau aku... nak mntk pndapat aku ke.. sblm ni pun aku da kenal dieorg.. dieorg tu sume kwn2 kak aku.. kak maria.. so sng la aku nak keje ngan dieorg.. bos pmcc pun ok.. aku suke la keje sana.. mase kat pmcc tu jgk la aku dpt sorang abg ankat.. abg azi.. die baik ngan aku.. aku pun da anggap die cam abg aku sdiri.. aku arap die akan jd abg aku smp bile2.. 4ever..

dlm 28.7.05 aku balik smula ke poli.. pas abis li.. awal aku gi balik poli..daftar tamat li n daftar poli kalo kire 30 n 1 hb pastu.. biase nyer ari ni daftar pg tu smp la.. hehe.. ni mai awal coz nak settlekan report li.. huhu.. ayah yg anta coz byk brg2 yg aku bwk termasukla pc aku yg aku beli mase li dulu.. pc tu la brg yg plg mahal aku beli ngan duit aku sdiri.. x msk duit sape2 pun.. hee.. sem lps2 aku pnjm pc kak aku jerk.. so skunk x pyh pnjm2 lg.. aku da ade yg aku punye.. thankz kak..! sem ni aku still dok umah yg same lg... penghuni jer yg bertambah... sem ni nidar dok same ngan aku.. ekin n cmah jgk dok sat ngan aku.. sat jer.. pastu diorg dpt msk kamsis.. mase dok umah sewa ni la aku rapat cket ngan ekin, ekin pun bdk kedah kat pendang.. dieorg dok kamsis pun ok gak. time de klas penuh aku gi dok lepak bilik diorg la.. tp kalo da ramai sgt kat bilik dieorg aku gi lepak kat bilik zura n zihah la.. untung de kwn yg dok kamsis ni kan.. leh tumpang2 rilex, smayang n tmpng makan.. keh3.. hrmm.. sem nidar da pegang status tunang org dah.. die tunang ngan ben(zaiful azli) mase li lg.. dlm bln 5 kalo x slp aku la.. skunk da kawin pun nak tggu ari kenduri jer ari sabtu ni.. die de jmpt aku.. tp aku xtau la bley gi ke tak.. aku mmg nak gi yer la kwn baik kawin kan.. tp de masalah arr nak gi tu..huhu.. tgk la camne nanti..

terlalu byk kenangan aku kat poli tu.. selama hampir 3 thn aku ngan kwn2 bersusah payah untuk dpt kan diploma.. byk dugaan dan cabaran yg perlu di hadapi.. dan semester terakhir aku adalah semester yg paling sibuk bg aku n kwn2.. aku harap aku dapat buat yg terbaik.. hrmm.. aku x tau la camne di sem akhir ni dieorg leh lantik aku jd pen wakil klas.. huhu.. hampeh tol... ingat aku ni rajin sgt ker.. xpe la.. wakil klas ade aku penolong jerk. hehe.. utk sem akhir ni aku smpt bergembira ngan bdk2 klas kat teluk bahang, p.png.. program tu da lame rancang tp sem last ni baru la terlaksana.. so sblm ktorg kalut ngan projek, ktorg gi la hepi2 kan diri lu.. lupakan dulu sume poblem.. best sgt kat tlk bhg tu.. dok kat mutira inn.. hotel 5 star tuu.. hehe.. 2 ari 1 mlm ktorg dok kat tlk bhg tu.. byk aktiviti ktorg lakukan.. de main bola tampar pantai, mandi2 kat pantai tu.. bbq n jungle tracking.. best sgt.. 1 kenangan yg aku x dpt lupakan bersama kwn2.. hrmm.. balik jerk dr tlk bhg tu.. msg2 sibuk nak siapkan projek la.. huhu..

aku ngan nidar x tau nak wat pape mulanyer tu.. sistem ker. animasi ke.. last2 ktorg wat pilihan nak wat cd interaktif.. cd tu pasal cendawan tiram putih.. hampeh.. ntah pape2.. bdk sijil pun leh wat tu... tp camne xtau la projek aku tu dpt msk prgkat akhir.. huhu.. cam x caye plak.. lect tu silap kot.. projek ktie ngan jan pun dpt msk gak.. utk klas aku 7 kump dpt msk.. kump aku ngan nidar, ktie ngan jan, fizah ngan farah, shikin ngan aju, abe ngan jinz, tomok ngan show n seng ngan shri.. dr 7 kump utk ketegori DIT tu.. projek seng ngan shri dpt tmpt ke-2, n projek abe ngan jinz dpt tmpt ke-3.. yg lain dpt saguhati jerk.. termasuk la aku.. tmpt pertama dpt kat bdk DIT 6B.. aku n da geng wakil DIT 6A... bdk2 umah aku yg lain.. ekin ngan cmah wat cd interaktif pasal padi n cla lak wat dokumentari pasal keropok.. tema projek ktorg sem tu open source dan biotechnology..

da abis sume present projek.. kalut plak ngan muet.. huhu.. aku mane pandai ckp omputeh.. huhu.. hentam jer la. so result yg aku dpt pun hentam jgk la.. kantoi2.. abis muet.. saat2 yg di tggu2.. final exam.. huhu.. cepatnye mase berlalu.. da final exam pun.. maksudnye abis fianl exam tu.. so aku pun da abis la blaja kat poli tu.. syg la plak nak tgl poli.. tambah2 nak tggl kwn2.. pasni x sure bley jupe lg.. mst aku akan rindu kwn2 yg byk beri aku kenangan... pahit atau manis..

aku sedih sgt mase ari last kat poli.. sume salam n say gud bye.. pastu balik umah plak.. aku kalut dok kemas barang2.. aku ari tu jgk balik.. aku balik umah abg aku kat kl.. coz aku nak gi kat kak aku.. kak maria lapor diri kat putrajaya tu.. kakak punye pasal aku tggl kwn2 aku.. huhu.. pe la aku ni.. tp sumenye aku syg.. spatutnye mlm tu ktorg nak mkn same2 geng 1 rumah kat kedai yg biase ktorg mkn tu.. tp aku plak yg xde.. sedih jgk aku.. sayu rase nak tggl dieorg sume.. aku tau susah nak jupe pasni.. konvo pun blom tentu dpt jupe sume.. mase dlm perjalanan nak gi kl tu aku mengelamun sowang2.. ingat balik kenangan kat poli.. ah.. sume da jd kenangan buat aku.. aku msg ekin.. aku tau mse tu mst dioeg dok kat kedai mkn.. so dlm msg tu aku order la nasik goreng ikan masin ngan air teh ais.. x sangka.. msg yg ekin balas pastu leh wat aku menangis.. terharu aku ngan keikhlasan dlm persahabatan.. korang sume tetap aku ingati.. caayang sume.. kenangan abadi selamanya..

Thursday, August 03, 2006

kAsiH aBaDi seLaMaNya - miss u 4eVer

Ogos muncul kembali.. bulan kemerdekaan yg membawa pengertian kpd semua rakyat Malaysia.. namun begitu hati aku sayu sekali.. sedang org lain gembira menyambut bulan kemerdekaan.. aku menangis sendirian meratapi sebuah pemergian yang tak kan kembali lg.. kenangan demi kenangan mengamit jiwa.. aku tidak dapat menerima hakikat kehilangan ini..

orang yang aku sayang telah pergi tinggalkan aku tanpa sempat aku menatap wajahnya buat kali terakhir.. sggh aku terkilan.. 29.8.06 genaplah 2 thn arwah ma (mak saudara yang aku amat sayangi) tgglkan aku menyahut seruan Illahi.. begitu cepat arwah pergi tinggalkan aku tanpa sempat pun aku jumpa buat kali terakhir dan memohon ampun.. walau sedih mana pun aku, aku perlu pasrah dengan semua ketentuanNya.. aku rindu sgt2 pd arwah.. InsyaAllah aku akan sentiasa doakan agar arwah ma tenang di sana.. kenangan abadi selamanya, aku takkan lupakan arwah ma..

dr kecil lg aku rapat dgnnya.. tambah2 aku lbh byk dgnnya dr mak aku sdiri.. die yg byk jaga aku mase kecil memandangkan aku baru je dapat adik.. aku ngan adik aku beza 1 thn jer.. so arwah la yg byk tlg mak aku jga aku ni.. aku manja sgt ngan arwah.. kalo arwah gi mane2 pun de die bwk aku same.. byk kenangan yg aku xdpt lupakan.. de skali tu kat umah sedara aku kat besut.. mase 2 umo aku bape thn aku xingat la.. x skolah lg kot.. mak aku marah n terasa sgt ngan aku.. huhu.. mane tak nye.. aku nak minum air.. mase tu aku dah dok kat dapur ngan mak aku ni.. arwah plak dok kat luar tu.. tp aku x mntk nak minum ngan mak aku ni.. aku gi kat luar tu la cari arwah nak minum.. huhu.. pe la aku ni.. geram tol mak aku mase tu ngan aku.. hehe..

mase aku kecil2 dulu.. umah aku ni mane ade tv.. so kalo aku nak tgk tv aku ke umah arwah la. sblh umah jerk.. batuk pun dgr.. so setiap kali aku gi.. mst aku nak baring sblh die mase tgk tv.. aku xbg org lain dok sblh die tu.. pastu ader la aku mntk arwah garu2kan belakang aku la.. bkn nye gatal sgt pun.. saje nak manje2.. hehe.. teman gi toilet la.. mntk tu la.. ni la.. saje je aku ni yer.. yer la.. kecik2 dulu.. nak la manje2 kan.. da besar ni sape la yg nak manjekan kite yer.. hehe.. kalo arwah dok kat tangga kat dapur umah aku lak.. aku suke dok kat riba die.. hehe.. best tol mase kecik2 dulu..

smp la aku da besar pun aku still rapat ngan arwah.. mak aku syg jgk.. arwah pun aku syg gak.. arwah da aku anggap mak ke-2 aku.. ptg aku dok la sembang2 kat tangga ngan arwah.. de tu arwah mntk tlg aku carikan uban die.. arwah byk bg nasihat kat aku.. akan aku ingat sume nasihat yg die bg.. die nak tgk aku berjaya.. banggakan kedua2 mak ayah aku.. buktikan aku blh berjaya n ubah kehidupan aku.. de gak mase aku jemur kain... die dok kat tingkap bilik die tu.. die smbang la ngan aku.. xpun kalo arwah dok sorang aku gi la teman..

arwah mengerjakan haji thn 2002 kalo x silap aku.. sblm tu die de batuk2 cket.. tp mase kat mekah.. arwah sihat sgt.. cergas mengerjakan ibadat.. mase balik pun ceria jer air muka die.. aku epy sgt tgk arwah sihat.. tp mase aku dok kat poli dah kot.. arwah slalu x sihat.. tp xde la teruk sgt... batuk jer.. suara pun jd lain.. arwah de jgk penyakit lain.. sakit jantung.. kak na n kak ya anak2 arwah slalu bwk arwah gi wat rawatan.. arwah nmpk x sihat sgt pas balik dr family day kat pantai melawi, bachok.. tu la last ktorg bersama bercuti..

awal2 msk semester 3 aku kat poli (bln 7 thn 2004), arwah sakit smp kene msk hospital.. kalo aku tepon kat umah mst aku tanye arwah camne.. de skali tu aku balik kg.. tgk arwah kebetulan aku balik nak bwk printer gi poli.. aku smpt la sembang2 ngan arwah.. pastu de arwah mntk tlg aku sapu ubat kat die.. yg aku sedih sgt die kate kat aku.. "ma nak mati doh kali dok sakit2 ni".. masyaAllah.. tuhan saje tau perasaan aku.. aku ckp kat arwah.."ma xleh kate gitu.. pasni sihat la tu.." aku xtau nak kat pe lg.. aku balik 2 ari jer.. pe yg aku terkilan sgt.. camne aku boleh xgi salam ngan die mase aku nak gi balik png tu.. pak sedara aku.. suami die la yg antakan.. kete baru je tolak baru la aku ingat.. aku kate kat mak ngan ayah nor(pgglan utk pak sedara aku).. "laa.. ejie xgi salam pun ngan ma".. ayah nor kate.. xpe la.. nanti sedih plak die kalo ejie gi jupe ngan die. aku syp je la... dlm ati aku da rase x sedap.. mula la aku pk yg bukan2.. sempat ke aku jupe ma lg..? aku terkilan sgt..

de skali tu. mak aku call kate arwah masuk hospital.. aku nak balik tp mak aku kate.. aku baru je balik. xpela.. ma xder pape.. aku pun xtau la camne. ikut jer.. biase kalo mak aku kate jgn balik.. tp dah aku nak balik. aku balik jgk.. camne aku ikut je kata mak aku.. kebetulan mase tu tiket bas kat depan da x jual.. susah la aku nakgi beli tiket kat jeti.. jauh.. aku xder transport.. atau aku mmg da ditakdirkan xleh jumpa ngan arwah.. aku pasrah segalanya.. x lame arwah kat hospital.. die dibenarkan keluar.. lega aku dgr.. tp pastu arwah dimasukkan lg.. kali ni teruk cket sakit die.. mula tu xder sape pun yg bgtau aku.. tp last2 aku tau jgk.. mase tu aku da dkt ngan cuti pertengahan semester.. so niat aku nak balik tgk arwah mase cuti tu la.. mak aku tepon suh aku balik pun aku kate nak tggu cuti tu. lgpun aku ngah de exam mase tu.. nape la ati aku keras sgt.. kalo aku balik dulu pun nape nye.. btol la.. aku mmg da ditakdirkan x dapat berjumpa ngan arwah di saat2 akhir.. dugaan yang amat berat untuk aku terima..

awal pg 29.8.04 aku sedar dr tidur.. dlm kol 5 lbh kot.. aku bgn basuh muka.. aku rase cam de org nak bgtau aku sesuatu je ari tu.. pastu dlm kol 7pg aku terima pgglan dr kak aku.. kak ros.. die call kate ma sudah takde lg.. dunia aku jd gelap seketika, kosong..! fikiran aku jd x tentu hala.. aku xtau.. hanya Allah saja yg tau perasaan aku mase tu.. aku meraung sekuat hati.. kejutkan kwn2 aku yg lena lg.. aku nak balik.. yg tu yang aku tau.. aku nak balikk!.. aku nak jupe ma.. ya Allah.. hanya pada Mu aku berserah.. utk sedapkan ati aku..kak ros call lg.. die tipu aku.. die kate xde ape pun.. ma ok jer.. aku tau die tipu. aku still nak balik jgk ari tu.. pastu kak aku yg sorang lg call.. betul la kak ros tipu.. pg tu jgk aku balik.. nasib baik tiket ade.. tu pun tggl 1 tu je lg.. mggu tu ramai la yg balik.. tp nasib menyebelahi aku.. aku marah sgt bas lmbt nak jalan.. aku nak cepat smp.. aku nak tatap arwah.. tp aku jauh.. aku sedar.. aku da x sempat nak jumpe ngan die lg.. aku pun xnak siksa die tggu lame2.. jenazah perlu disegerakan.. aku pasrah..

sepanjang dlm perjalanan aku menangis x abis2.. sampaikan org sblh aku tu pun takut tgk kat aku ni.. mayb die pk aku ni x btol kot.. dr png smp la kat p.mas aku x berenti menangis.. setiap kali aku ingat kenangan aku ngan arwah.. setiap kali tu jgk la air mata aku gugur... aku tak tahan lg.. biar la org nak kate pe kat aku.. aku x kisah lg.. sampai kat p.mas kak maria n kak ros da tggu kat stesen bas tu... camne aku pun xtau la... aku bley wat biase jerk kat dieorg.. aku x tunjuk pun yg aku ni ngah bersedih.. kak2 aku pun xkate pe..

hampir sampai kat umah.. aku tgk bumbung umah die pun aku da rase lain.. aku cam nak nangis tp aku tahan.. smp umah jerk.. aku kata kat aku sdiri.. yang aku x bley nangis.. aku kene kuat.. aku kene trime sume ni.. yg pergi biarkan pergi.. kita yg idup mst teruskan idup.. aku doakan semoga arwah tenang disana dan dilimpahi rahmat dariNya.. mlm tu aku tido umah arwah teman kak na coz husband kak na xde kat umah.. susah jgk aku nak lena.. asyik ingatkan arwah jer.. tp xpe.. aku rase dekat jer ngan arwah mase tu..

pg 31 ogos, aku da kene balik png.. aku da ponteng klas 1 ari(30.8.04).. aku xkesah la.. sari jerk.. nanti aku wat la surat cuti.. pe nak susah kan.. yg aku sedih sgt sblm aku tolak png aku skali lg x sempat salam ngan org yg aku sayang.. ayah aku n adik2 aku.. ari tu ayah yg anta aku ke stesen bas.. camne xtau la bas yg spatut aku naik x smp2 lg.. de 1 bas tu kwn ayah aku yg pandu.. ayah aku pun pemandu bas jgk.. so da lame sgt.. ayah gi la ckp2 ngan kwn die tu.. pastu ayah aku terus mntk aku naik bas tu.. tergesa2 coz bas da nak tolak.. aku terus je naik bas tu.. x salam pun ngan ayah, ain n tirah.. dr dlm bas.. ayah senyum je tgk aku.. aku jd sayu sgt.. aku senyum balik tp senyum terpaksa.. coz aku ingt balik pe yg terjadi antara aku ngan arwah ma.. aku x nak ini terjadi lg.. aku da x sanggup.. skali lg aku menangis dlm perjalanan.. mudah sggh air mata aku ni jatuh.. tp xde la sekuat ari aku blk dr png.. smp jer kat jeti b/worth.. aku turun bas ngan lemah sekali.. aku jd lemah longlai.. rase nak pengsan jer.. tp aku tahan.. aku kuatkan semangat..

smp jer umah sewa.. sume kwn2 aku xder.. gi mane ntah la dieorg ni.. aku terus mandi n solat.. aku berdoa smbl menangis mohon arwah ma di limpah rahmat dan semoga arwah ma maafkan segala kesalahan dan kesilapan aku dgnnya.. andai de yg tersilap sblm ni.. aku tak sempat mohon ampun ngan nye di saat2 akhir.. semoga arwah memaafkan aku.. aku harap sgt. aku hanya mampu berdoa.. mmg awal2 aku balik png ni. aku x dapat tumpukan perhatian aku pd pelajaran.. aku jg nangis hari2.. nape aku jd org yg x sabar...! satu mlm (masih lg dlm tempoh 40 hari) arwah de jumpa aku dlm mimpi.. arwah x cakap pape pun.. aku betulkan tudung yg die pakai smbl aku tgk wajah die. ati aku jd sayu.. aku seperti di alam nyata.. aku kata dlm ati.. pasni aku x dapat jumpa ngan ma lg.. so aku peluk arwah sepenuh hati.. aku tau pasni aku da x bley buat gitu lg.. aku tersedar dr tido.. skali lg aku nangis.. dlm pada tu aku rasa gembira sgt arwah dtg jenguk jumpa aku.. aku tau arwah xnak aku bersedih lg.. die da dtg jumpa aku.. die nak aku teruskan idup... aku xbley bersedih lg.. aku perlu kuat..

aku rase aku da bley trime kenyataan tp x sepenuhnya.. aku cuba sibukkan diri aku.. tp mlm yg ke 40 ari.. aku tiba2 je jd sayu.. xtau nape.. sblm ni da ok.. aku mntk mak aku call mlm tu pas tahlil abis. aku tenang cket pas dpt ckp ngan mak aku tu.. tentang mimpi aku tu aku x cite kat sape2 pun.. aku xbley nak cite.. nanti aku jd sebak.. lg2 nak cite kat family.. aku xbley.. aku x mampu nak cite.. biarlah.. mimpi tu menjadi kenangan manis dan terindah buat aku..

byk kali jgk arwah muncul dlm mimpi aku.. tp sume aku x cite kat sape2.. perasaan aku pun aku x cite.. aku xnak dieorg tahu aku sedih dan terkilan sgt x dpt jupe arwah buat kali terakhir.. sume org pun sedih.. tp dieorg sempat jaga arwah smp la saat2 akhir arwah.. aku ni.. da la x sempat jaga mase arwah sakit.. jumpa kali terakhir pun tak.. aku balik ari tu pun arwah telah selamat dikebumikan.. hati mane x sedih.. aku hanya mampu jumpa arwah dlm mimpi.. tu pun kalo arwah sudi menjenguk aku.. aku terharu sgt stp kali arwah hadir dlm mimpi aku.. stp mlm aku harapkan mimpikan arwah.. tp mane mungkin ini terjadi.. sekali2 die muncul dlm mimpi aku pun da aku kire bernasib baik..

baru2 ni aku mimpi lg arwah.. aku mimpi die dtg umah aku.. dlm mimpi tu aku cam tau arwah da xder.. so aku tanya la mak aku.. ma mai tu so nak bg mkn pe kat ma.. so mak aku idangkan laksa kat arwah.. aku tau arwah suka mkn laksa.. so pg esk tu aku pk.. aku harus cite ke mimpi aku ni.. camne aku nak cite.. stp kali dgr org cite pasal arwah pun aku x bley dgr.. aku tau nak nangis jer.. ni lg la.. aku yg nak kene smpkan mimpi aku tu.. mimpi tu cam permintaan arwah.. kat ofis aku pk kan lg.. camne aku nak cite.. da ptg da.. nak msk maghrib pun.. aku sembang la ngan mak aku n kak ros. pasu nak tak nak aku kene smp kan jgk.. aku pun cite la.. mak aku kate xpe la.. mggu dpn kite mkn laksa.. kebetulan mggu dpn mak aku nak pggl org smbhyg ajat abg aku nak ke hong kong.. pas je aku cite aku terus msk bilik.. aku tau sume perasan aku mase tu.. aku nangis kat bilik sorang2.. tp xbley.. nanti de org tau aku nangis.. aku kalo bley xnak org lain tau aku ngah sedih.. aku terus gi mandi... lame aku mandi.. aku mandi smbl nangis... ish.. pe la aku ni.. xpe la skurang2 nye aku dpt lepaskan pe yg aku rasa ni..


aku harap aku boleh menjadi seorg yg sabar.. aku akan selalu ingat kenangan dgn arwah.. kenangan abadi selamanya.. aku akan sentiasa menyayanginya.. stp kali solat aku x lupa berdoa agar arwah tenang di sana dan hadiahkan ayat2 suci al-quran..
Al-Fatihah...