Saturday, August 25, 2007

ciNta-saYAng-sUKa-miNat

CINTA
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh dia ingin mengetahuinya dan kita sebaik mungkin tidak mahu menyakitkan hatinya. Kita juga akan sentiasa berfikir tentang dirinya, biar pun sesaat.


SAYANG
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah suka dan duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi 'telinga' kepada masalah kita.


SUKA
Kita sukakan dia kerana dia seorang yang kelakar malahan dia juga happy-go-lucky. Bila bersama-sama dengan dia, kita akan rasa gembira, gelak tawa bersama sampai mahu pecah perut dibuatnya. Tapi, kita tidaklah terlalu merinduinya sekiranya tidak berjumpanya selama seminggu.


MINAT
Ada sesuatu pada dirinya yang menarik untuk kita mendekatinya. Katakan, kita suka orang yang tinggi, tegap dan berambut kemas seperti Brad Pitt, sudah pasti kita akan melihat gerak-gerinya. Sekiranya dia pandai melukis, apa sahaja yang dilukisnya pasti cantik belaka

Friday, July 20, 2007

.::keHiDuPaN::.

Yang baik dijadikan teladan, yang buruk sebagai sempadan, secebis warna sebuah kehidupan, sebagai ilham untuk segaris pedoman, agar kemudi berlandaskan haluan untuk mencari sesuatu kebenaran.

" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh & kilat, puas kita menangis mencari matahari, rupanya Allah mahu menghadiahkan kita pelangi yang indah..

" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan." ( Harieta Wahab)

"Kalau kamu melihat seseorang berbudi luhur, berusahalah menyamai kebaikannya dan kalau kamu bertemu dengan seorang berbudi rendah, periksalah dirimu sendiri"

"Masalah dan tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan kita, ia merupakan satu cabaran dan hadapilah ia dengan ketenangan dan atasilah dengan kebijaksanaan anda."

"Semalam yang berlalu tidak akan kembali untuk hari ini, dan hari ini yang dilalui bukan untuk hari esok kerana esok belum tentu milik kita"

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Janganlah selalu mendongak ke atas dan melihat hal-hal yang indah, Sekali waktu lihatlah ke bawah dan akan kamu lihat hal-hal yang jauh dari 'baik' menurut pandanganmu.

"Jalan menuju kebahagiaan itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri dan pahit..William Shakespeare"

Saturday, July 07, 2007

cInta.. sAyaNg.. daN .....

Wanita/Perempuan Diciptakan Bukan Daripada Tulang Rusuk Atas Untuk Memerintah, Bukan Daripada Rusuk Bawah Untuk Dipijak, Tetapi Terletaknya Rusuk Itu Di Bahagian Dada Dan Berdekatan Dengan Tangan Bermakna Tangan Yang Membelai Dan Hati Yang Mempunyai Perasaan Dan Kasih Sayang

Jangan dikesal pada sebuah pertemuan kerana tanpa pertemuan kita tidak akan mengenali seseorang dan jangan dikesalkan dengan apa yang terjadi kerana banyak kemungkinan yang harus kita lalui dalam hidup ini…

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan…

Seandainya kita dicipta untuk menjadi satu, pasti suatu ketika, kita akan bertemu, seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu, walau dekat selalu, kau tak kan jadi kepunyaan ku…

Mana mungkin memberikan cinta andai hati tidak membenarkan…

Setiap orang punya rasa cinta, tapi tak semua orang dapat merasai cinta.
Setiap orang pernah bercinta, tapi tak semua mampu mengecap kebahagiaan…

Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan melihat sinar mata seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta tetapi pancaran mata seseorang akan menyatakan yang sebenarnya, memantulkan mata hati yang sesungguhnya…

Cinta itu fanatik, jangan lakukan ia dengan automatik, ia tentu fantastik. Oleh itu jangan mudah terpengaruh dengan godaan cinta agar ia tidak membinasakan diri kita sendiri.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Hati & Perasaan:"mungkin Allah sengaja mehu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul,supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul,kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut"

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.